ISU ANAI-ANAI (WHITE ANTS/TERMITES) DI KAWASAN PERUMAHAN KITA
Mengenali
Anai-anai (Termites)
Anai-anai atau termites
adalah sejenis insect atau semut berwarna putih yang hidup bersarang dalam
tanah atau busut yang lembab di sekitar taman perumahan kita. Sumber makanannya
ialah jus pada akar kayu di pokok berkenaan yang diserang. Pokok yang di serang
boleh terjejas pertumbuhannya hingga boleh mati akhirnya.
Ia hidup secara
berkoloni dan bersarang di bawah permukaan tanah yang ada tumbuhan pokok.
Kadang-kadang ia membina laluan secara terowong tanah untuk
memanjat bahagian batang pokok untuk menggigit kulit batang pokok dan membawa jusnya
pulang ke sarangnya di bawah tanah. Kehadirannya boleh dilihat di tempat yang ada banyak kayu
dan pokok di luar dan dalam rumah kita.
Bencana
Serangan Anai-anai
Jika anda terperasan
dengan kehadiran sarang anai-anai ini yang
muncul dipangkal/kulit pokok, busut atau di tempat tersorok di rumah anda, anda
perlulah mengambil langkah segara untuk menghapuskannya
melalui cara rawatan khas. Anai-anai adalah makluk perosak yang berbahaya
kerana ia bekerja 24 jam (tanpa tidur) untuk mengangkut makanan daripada bahan
kayu reput atau pokok kepada permaisurinya di bawah tanah. Koloni anai-anai ini bergantung kepada permaisurinya untuk
menetas sebegitu banyak telur anai-anai jenis pekerja.
Anai-anai dianggap insect berbahaya kepada harta kita kerana
ia sentiasa bekerja untuk menyerang akar dan kulit batang pokok di kawasan
taman kita untuk menghisap jusnya manakala bahan kotak/kayu reput atau tanah
lembab digunakan untuk membina terowong atau sarangnya. Mereka juga boleh bersarang di dalam rumah
kita dengan menyerang bahan kayu seperti kabinet dapur, perabot kayu dan
bahan-bahan kertas/kotak dan pakaian di
dalam setor/almari rumah kita. Ia juga boleh merosakkan rangka kayu rumah sehingga
boleh menyebabkan siling/bumbung rumah runtuh.
Tindakan
Pembasmian
Tindakan awal
untuk membasmikan anai-anai ini boleh menyelamatkan kita bukan sahaja daripada kerosakan
ke atas pokok dan perabot atau harta kita
malah ia boleh mengelakkan beban kos untuk memperbaiki rumah kita atau
menggantikan barang perabot yang rosak.
Biasanya bahan
kimia khas digunakan untuk memusnahkan koloni anai-anai tersebut. Pakar rawatan
anai-anai (pest control specialists) akan meletakkan bekas khas, mengandungi
umpan makanan anai-anai bergaul dengan racun pembunuh, di mana terdapat laluan
anai-anai. Anai-anai akan mengangkut makanan itu kepada permaisurinya yang
sangat gemuk/besar saiznya dan tidak mampu mencari makanannya sendiri. Kematian
permaisuri kerana racun itu boleh menghapuskan pembiakan seluruh populasi/koloni
anai-anai itu.
Langkah
Pencegahan Jangka Panjang Dan Jaminan
Untuk tempoh
jangka panjang bagi menyekat serangan lanjut anai-anai pihak kontrektor rawatan
anai-anai akan mencadangkan kaedah menebuk lubang sedalam 3-4 kaki pada jarak
(interval) 3-4 kaki secara berderet seperti pagar di keliling lantai tepi dinding
rumah kita. Bahan kimia yang dipamkan ke dalam setiap lubang itu akan membentuk
pagar bawah tanah bagi menghalang pencerobohan anai-anai dari kawasan berjiran
ke dalam rumah anda.
Untuk rawatan
secara ini kontrektor akan memberi tempoh 3-5 tahun jaminan pemeriksaan
berjadual bagi mempastikan tiada lagi anai-anai dan rawatan lanjut bagi mencegah
kehadiran anai-anai di masa hadapan. Harga yang dikenakan tertakluk kepada
pakej kerja yang anda pilih.
Aduan
Kepada MBSA
Untuk merawat
anai-anai yang meyerang pokok di luar kawasan rumah kita (Kawasan taman) anda
boleh membuat aduan secara individu atau berkumpulan kepada pihak berkuasa seperti Majlis
Bandaraya Shah Alam untuk rawatan
pembasmian.
Denai Alam.
Jun 2021.
0 Comments