Baja AB memang semua tahu akan kegunaannya. Ia
adalah sejenis baja cecair yang digunakan kebiasaannya untuk tujuan tanaman
secara fertigasi atau hidroponik oleh industri.
Namun akibat keberkesanan dan mudahnya
menggunakan baja AB ni, kita yang berkebun secara hobi pun turut tidak lari
menggunakannya. Yang paling menarik, ia bukan sekadar untuk kegunaan tanaman
sayuran, malah nampaknya ada juga yang menggunakannya pada tanaman berbunga.
Tapi kenapa nama dia baja AB?
Wujudnya nama baja AB ini disebabkan oleh
setiap satu baja mempunyai unsur yang berbeza. Dan setiap unsur tak boleh
bercampur. Kalau dicampurkan ketika ia masih dalam bentuk butiran atau cecair
pati, baja tadi akan kekurangan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh
tanaman. Kiranya baja tadi akan gagal fungsinya.
Adakah Baja AB ini adalah baja organik?
Jawapannya adalah tidak. Baja AB adalah
terdiri daripada baja kimia namun ia tidak beracun seperti racun serangga
perosak ya.
Apa kandungan baja AB?
Baja AB adalah baja kimia yang tidak
berbahaya. Baja AB adalah dua komponen campuran yang diberi label sebagai A dan
B yang diperlukan oleh tanaman untuk hidup subur. Apakah campuran nutrien yang
terkandung dalam komponen yang dilabel A dan B yang dikenali sebagai baja AB
ini?
Komponen A: Kalsium nitrat dan ferum.
Komponen B: Kalium nitrat, magnesium sulfat,
monokalium fosfat (MKP), mangan sulfat, zink sulfat, kuprum sulfat, asid borik
dan ammonium molibdat.
Campuran komponen A dan B yang membentuk baja
ini adalah sangat lengkap untuk keperluan pokok berbanding baja kimia lain. Ini
kerana unsur-unsur makronutrien boleh didapati di dalam baja ini selain
unsur-unsur mikronutrien lain. Unsur makronutrien adalah seperti nitrogen (N),
fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (S).
Unsur-unsur mikronutrien pula adalah seperti ferum (Fe), kuprum (Cu), mangan
(Mn), zink (Zn), molybdenum (Mo), boron (B) pada kuantiti yang mencukupi untuk
pertumbuhan dan perkembangan pokok. Unsur unsur mikronutrien juga dikenali
sebagai unsur surih (trace element).
Disebabkan kandungan baja yang berbeza, maka
terhasillah warna nya ada yang biru, kuning, putih dan lain-lain.
Bagaimana cara bancuhan baja AB?
Baja AB ada yang dijual dalam bentuk butiran atau cecair. Kebiasaannya, dalam
bentuk butiran ia perlu di larutkan untuk menjadi pati. Dari pati tadi baru lah
dicampurkan bersama air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan pada tanaman.
Nak tahu cara dan teknik campuran tersebut, anda perlu bertanya kepada penjual
terus. Sebab lain manufactured lain kaedahnya.
Tip pemberian baja fertigasi
1. Untuk mengelakkan pembaziran melalui larut
lesap, beri lebih kerap dengan kadar yang kurang
2. Bagi banyak pada waktu pagi kerana pokok lebih aktif pada waktu pagi
3. Kepekatan baja adalah lebih rendah pada musim kering & sebaliknya tinggi
pada musim lembab
Bagaimana menggunakan baja AB?
Selain penggunaan bagi tujuan fertigasi dan
hidroponik, tanaman lain di perkarangan rumah pun boleh menggunakannya. Tak
bermakna anda perlu membina sebuah sistem fertigasi atau hidroponik di rumah.
tapi ada kaedah lain iaitu melalui siraman. Pati baja AB tadi perlu
dilarutkan di dalam air. Gunalah besen atau baldi untuk membancuh.
Cara bancuh (cecair) :
# Anak pokok – 1ml A + 1ml B untuk 1 liter air.
# Pokok matang – 2ml A + 2ml B untuk 1 liter air.
Untuk siraman pada tanaman anda boleh
melakukannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tapi kalau ada kawasan atau
batas yang baru dituai, sebelum tanaman lain disemai, sebaiknya anda siram dulu
dengan air baja AB dan biarkan dalam tempoh 2 hari sebelum tanaman lain di
semai. Baja tadi berupaya menyuburkan semula tanah dan membekalkan nutrient
secukupnya untuk pertumbuhan tanaman
Kenapa perlu pilih baja AB?
1. Sebab baja diberi dalam bentuk mudah
diambil oleh pokok
2. Baja boleh diberi tanpa pembaziran
3. Kecederaan pokok disebabkan baja boleh dielakkan
4. Menjimatkan
Sumber impiana.my
0 Comments