Serangga apa di kebun bandar anda? Perosak? Berguna?

Ikuti video segmen santai ilmiah bersama Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam, Dekan Fakulti Pertanian UPM melauli video di atas atau klik link ini atau ringkasan seperti di bawah

DUA CIRI UTAMA SERANGGA


Mesti ada 3 bahagian badan untuk di klasifikasikan sebagai serangga. Kaki juga 3 pasang, kalau ada kurang atau lebih, tak dikira serangga.

Sila tengok gambar2 ni…

Sebahagian mungkin tidak boleh di kategorikan sebagai serangga. Contohnya,  ulat gonggok – lebih dari 3 pasang kaki.

Spider/Labah2– also not consider as insect – no head its own; Binatang yang warna  putih2 tu – banyak di pangkal daun papaya, dari jauh putih berdebu, bila close up boleh nampak rupanya putih begitu.  


Beluncas - kaki sebenar dia di depan .. yang belakang, kaki palsu – sejenis serangga.

Koya/Mealy Bug – berdebu, banyak kaki – but they’re not really kaki but lilin debu yang dihasilkan oleh serangga ni. Kalau bersihkan – Nampak dia rupanya berkaki bila pusing belakang. Dia boleh berjalan, tak laju – sejenis serangga juga.



Kutu Daun – juga sejenis serangga – jika guna kanta dan besarkan, Nampak dia bergerak lebih laju berbanding koya


 

JENIS SERANGGA

a. Serangga Memberi Kerosakan (hanya satu peratus sahaja serangga perosak yang menjadi tumpuan sebab kita menanam)
b. Serangga Berguna @ Sahabat Ladang (membantu dan pemangsa kepada perosak)

SERANGGA PEROSAK

Contoh – tanaman memanjat – terung, timun, petola.  Daun jadi jaring2



Anak sejenis kumbang – kebanyakan ladybug ni serangganya. Rupa seperti ini



Dia bertelur di bawah daun – telur warna kuning, lepas satu atau 2 hari, dia dah menetas. Sekali bertelur, menetas, anak dia banyak – 3 kaki mula merayap tak jauh dari tempat bertelur . Daun akan nampak seperti berkikis dan macam ada jaring halus

Dewasa dia makan daun, tapi lebih ganas masa peringkat larva

Kalau dah bertelur, daun dah di rosakkan sebab chlorophil dah abis. Pokok tak mati tapi menyebabkan perhasilan buah kurang baik sebab daun dah rosak.  Seminggu abis pokok diserangnya.  Selalunya yang diserang adalah daun



Dia ni pemakan daun yang sama macam ladybug tadi – dia makan mcam buat bulatan dan selalu yang dewasa yang makan. Anak dia duduk dalam tanah, makan akar – sebab tu pokok mati.

Serangga di pokok Jenis Kekacang

 



Kacang Panjang/peas – rama2 halus  suka datang. Boleh nampak .

Serangga jenis Pengorek – pada peringkat awal, kalau kacang berlubang dan pada tangkai buah ada lubang dan warna coklat.  Yang betina bertelur di bunga dan makan bunga. Menyebabkan bunga jadi kuning dan layu , kalau berbuah, pangkalnya berkarat.  Dia buat lubang pada permukaan kacang dan masuk tinggalkan kesan lubang gelap.  Nampak hitam basah melekit pada permukaan – kena buang saja kacang , tak boleh buat apa2. Kalau tak basah, maknanya dia belum masuk. Basah sebab debu, dia korek kat dalam dan buang debris dia kat luar. Jadinya kita nampak kesannya kat luar/atas kacang.  Dalam kacang dah abis kena.  



Serangga Pengorek lagi satu. Special for terung.   Nampak di permukaan buah - seawal peringkat pucuk dia dah ada. Dia makan dari dalam menyebabkan pucuk baru layu . Dia akan masuk dalam buah terung. Yang dewasa tidak merosakkan sebab alat mulut dia tak tajam, tak seperti anak dia.

Serangga jenis pengorek sukar di kawal.



Lalat Buah -- Banyak di tanaman berbuah– kebanyakannya yang bila masak buahnya jadi lembut.

Ada banyak species . senang nak kenal, bila time buah nak masak dia ada. Yang betina yg akan bertelur.  Dia akan cucuk tanaman. Telur akan duduk di bawah kulit buah. Anak dia lepas start makan, lubang hitam tempat cucuk tadi akan tukar jadi coklat gelap. Memula tak nampak, bila dah jadi tompok dan lembik sekeliling, larva masuk dalam dan buah tak jadi  - sangat common.

Cari dia di pangkal  - kepompong hitam kecoklatan – itu dari lalat buah.

Cara untuk jaga - Bungkus buah – masa tengah-tengah nak masak, bukan terlalu awal. Lalat buah tak serang masa buah keras. Dia tunggu pra-matang , lagi separuh jalan nak masak.

Ubat lalat buah/penarik lalat buah pun boleh digunakan.   Ada 2 kaedah untuk buat perangkap  - calit di botol minuman – buat lubang di tengah2 botol – guna besi panas ke  , cukup besar utk lalat buah ni masuk. Di sekeliling botol dan tebuk lubang pada penutup botol, masukkan dawai, celup chemical – lalat akan trap dan jatuh ke bawah. Chemical ni banyak boleh beli di kedai atau online.

Ni contoh rajah camana nak buat sendiri perangkap lalat buah.

Boleh juga beli sticky trap – ada gam, apply material ni, guna kapas dan letak di sticky trap tu. Sayuran berbentuk buah dan buah-buahan bentuk lembut akan disukai lalat buah.



Serangga yang suka serang kubis – menyebabkan daun berlubang



White Flies buat daun pokok jadi kerinting – suka serang terung, cili, tomato

Target dia daun muda – tak nampak kat atas daun.  Dia akan cucuk permukaan daun dan hisap bendalir dalam daun , khasiat abis, daun yang keluar jadi kerinting. Sebab dia pergi kat pucuk muda saja 

Ada satu lagi kawan dia yg buat tanaman jadi kerinting:

APHID



Banyak bila dia serang, juga duduk bawah daun , selain kerinting, tompok jadi kuning. Target dia pucuk muda.

Ada 2 species – hitam atau jernih/orange. Kat pokok cili selalu warna hitam – banyak , beratus dan bergerak dgn slow motion – kerinting dia lagi dahsyat dari lalat putih



Yg memakana adalah yang dewasa dan anak juga. Larva – abis daun kari kalau  dia makan . Dia simpan najis kat tangkai (ke daun) lepas dia makan sebagai protection dia . Dia gunakan najis hitam tu untuk libas binatang lain yang datang dia, guna untuk defend diri sendiri.  Serangga ni pemakan daun, bukan penghisap.

 

SERANGGA BERGUNA



 

Beluncas – ada juga serangga lain yang makan beluncas ni. Dia bertelur dlm serangga lain . dia suntik telur dia dalam hos, sebab tu di panggil parasitod. Macam parasite.


Yang ni dia suntik telur dia dalam Aphid – yang kuning tu anak larva yang keluar dari beluncas tu tadi. Beluncas tu mati , yg hidup parasitod – jadi parasite pada hos ulat beluncas tu  - secara semula jadi , dia makan perosak makanan kita.  Camana nak tau?





Yang ni makan terus serangga perosak– selalunya ada di kawasan kelapa sawit. Ada juga di Kawasan perumahan. Ada juga species yang perosak

Kumbang kuning tu – banyak kat buah labu, dia ada pemangsa dia – this type



Lalat ni selalu disalah ertikan sebagai lalat buah .. dia ada warna kuning.  Kalau lalat buah ada stripe. Pattern dia lain – corak kuning 2 berasingan. Dia ni tak kacau tanaman kita – dia bertelur dan larva dia tolong makan aphid kat daun.    - Torax dia warna hitam, lalat buah ada gelang kuning dan jalur bersambung, yang ni terpisah – kalau nak tegnok perbezaan.   Kena ada magnifying glass untuk perhati serangga di kebun kita – kenal yang mana perosak dan yang makan pemangsa.  

Especially banyak pada tanaman jenis kekacang. Jarang serang tanaman perhiasan.
Ladybug – ada byk species, pemangsa pada aphid – dia terus makan


KAEDAH PENGAWALAN

Elakkan penggunaan racun memandangkan kita mungkin tidak tahu masa yang sesuai. Sekiranya perlu, carilah racun yang sesuai dan betul.
  • Bagi serangga penghisap – Imidacloprid. Racun ni tak sesuai untuk serangga meggigit
  • Bagi serangga penggigit seperti kumbang – Dimethoate
  • Bagi serangga yang makan daun – Cypermethrin
Nota : Terdapat dua jenis racun iaitu racun sistemik dan racun sentuh samada akan menyerap melalui tisu timbuhan atau hanya di permukaan dalam kawalan kulat atau serangga. Untuk maklumat terperinci enam ilmu penting mengenai racun, sila klik link ini.

DIY RACUN SERANGGA DI RUMAH



Blend semua bahan2 diatas. Masukkan air sikit2, jangan letak minyak dulu, bula dah hancur baru masukkan lebihan air dan minyak. Lepas tu tapis supaya takda serdak. Kemudian campurkan sedikit minyak dan serbuk pencuci – jadikan stock.

Cara sembur – untuk serangga jenis penghisap – target bahagian bawah daun sebab tak kena tempat dia. Pakai minyak supaya boleh tutup ruang pernafasan dan serbuk pencuci sebagai  mengikat.

Siput – pakai calcium carbonate – tabur kat tepi batas, kalau tak besar, cuba elakkan racun.  Kalau boleh kutip dan curah air garam. Jangan curah air garam kat tanaman – nanti terlebih rosak tanaman.

Daun kari – kawal daun baru tumbuh – pada daun baru tumbuh boleh guna biopesticide pada peringkat awal selepas cantasan.  Kalau dah musnah, dikhuatiri masih ada larva, buat pemangkasan sahaja. Daun kari cepat tumbuh.

 

Post a Comment

0 Comments